jbk-white

Kuasai ilmu koding, Bahasa yang mengubah dunia

Ilmu pengaturcaraan bukan lagi satu kepentingan tetapi merupakan kemahiran asas bagi setiap individu

white-jbk-hackathon-logo

20-21 Mei 2017  KLIK SINI

JELAJAH JOM BELAJAR KODING 2016

johor

Tamat!

melaka

Tamat!

terengganu

Tamat!

kl

Tamat!

perak

Tamat!

Jom Belajar Koding (JBK) adalah sebuah program yang dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikelolakan oleh Biro Profesional Muda (BPM) selama dua (2) hari untuk setiap sesi. Program ini mensasarkan 2,000 penyertaan anak muda di seluruh negara secara keseluruhan bertujuan bagi memberi pendedahan awal dalam penerokaan platform IT seterusnya menarik minat mereka meneraju ke arah masa hadapan IT.

 

Kepentingan Belajar Koding

Di zaman moden ini, ilmu koding bukan lagi satu kepentingan tetapi merupakan kemahiran asas bagi setiap individu. Untuk mara kehadapan, anak-anak muda Melayu tidak boleh tertinggal lagi dalam M keempat ini. (Membaca, Menulis, Mengira, Mereka Kod). Kekurangan individu dalam kemahiran ini menyebabkan permintaan yang tinggi untuk pereka koding di negara ini. 

Background Image

INTIPATI JOM BELAJAR KODING

HARI PERTAMA (HTML & CSS)

  • 8.00 AM Sarapan
  • 8.45 AM Pengenalan Program Jom Belajar Koding
  • 9.00 AM Internet : Signifikan Dalam Kehidupan
  • 9.15 AM Pengenalan Frontend
  • 9.45 AM Penstrukturan HTML (Hypertext Markup Language)
  • 10.45 AM Minum Pagi
  • 11.15 AM Koding 1 - HTML
  • 12.30 PM Rehat, Makan Tengah Hari
  • 2.15 PM Rekabentuk Visual: Pengenalan CSS (Cascading Style Sheets)
  • 2.30 PM CSS: Class, ID, Tag
  • 3.30 PM Koding 2 - Integrasi HTML & CSS
  • 5.00 PM Tamat

HARI KEDUA (PHP)

  • 8.00 AM Sarapan
  • 9.00 AM Kod Bersifat Dinamik: Pengenalan PHP (Hypertext Preprocessor)
  • 9.20 AM Cara Mengeluarkan Output: Echo
  • 9.45 AM Variables: Pemboleh Ubah
  • 10.30 AM Matematik Dalam PHP
  • 11.15 AM Koding 3 - PHP
  • 12.30 PM Rehat, Makan Tengah Hari
  • 2.15 PM Menerima Nilai Dari Borang
  • 2.30 PM Syarat Dalam PHP (Conditional Statement)
  • 3.00 PM //Komen & ;
  • 3.30 PM Koding 4 - Mini Projek (HTML, CSS, PHP)
  • 5.00 PM Tamat

SOALAN LAZIM

Apakah Pengkhususan Yang Akan Diajar?

Program ini mengkhususkan kepada HTML, CSS dan PHP yang kebanyaknnya digunakan dalam pembangunan laman web

Adakah Saya Perlu Mempunyai Sebarang Pengetahuan Koding?

Tiada masalah kerana progam ini dikhaskan untuk individu yang tidak mempunyai sebarang latar belakang koding.

Adakah Peserta Perlu Membawa Keperluan Sendiri?

Pihak penganjur akan menyediakan komputer riba untuk para peserta tetapi peserta bebas untuk membawa kelengkapan persendirian

Adakah Program Ini Mengenakan Sebarang Bayaran?

Program Jom Belajar Koding adalah percuma dan terbuka untuk semua

Jadi Sebahagian Dari Team Jom Belajar Koding

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan Jom Belajar Koding, hubungi Sekretariat JBK di talian 60 17-309 6471 (Azham) atau sila ajukan pertanyaan anda ke koding@jbk.my dengan melengkapkan borang di bawah:





PENGANJUR UTAMA

PENGANJUR BERSAMA

RAKAN SOKONGAN