white-jbk-hackathon-logo-copy

20-21 Mei 2017 bertempat di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya

APA ITU JBK HACKATHON?

JBK Hackathon 2016 merupakan acara kemuncak dan penutup bagi jelajah Jom Belajar Koding 2016 yang telah menemui generasi muda dari beberapa buah negeri iaitu Johor, Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Terengganu. JBK Hackathon 2016 akan terbahagi kepada 3 sesi utama iaitu: Cabaran JBK, Makmal Idea JBK dan Pamer Sisi JBK.

cabaran-jbk

Cabaran JBK: Peserta-peserta terbaik daripada JBK peringkat negeri akan terpilih untuk mewakili negeri masing-masing dalam satu pertandingan berkumpulan dalam mereka cipta aplikasi atas talian seperti telefon pintar atau laman sesawang dalam masa 24 jam!

makmal-idea

Makmal Idea JBK: Sesi perkongsian idea ala Ted Talk bersama tokoh-tokoh teknologi maklumat (IT), teknologi kewangan (fintech), dan keusahawanan yang ternama di Malaysia. Sesi ini akan terbahagi lebih lagi kepada empat iaitu sesi Kuasa Koding, sesi Inovasi-preneur, sesi Revolusi Biz Kreatif dan sesi Dunia Hujung Jari.

pamer-sisi

Pamer Sisi JBK: Pameran dan aktiviti menarik oleh lebih 20 syarikat, startup, dan universiti. Pengunjung akan diberi pendedahan tentang dunia IT, fintech, dan keusahawanan dan berpeluang untuk berlatihan industri atau bertemuduga oleh syarikat-syarikat yang berminat.

Pendaftaran Peserta JBK Hackathon

 
 

Verifikasi

 

ATURCARA

HARI PERTAMA

  • 8.00 AM - 9.00 AM Pendaftaran
  • 9.00 AM - 10.30 AM Pamer Sisi
  • 10.30 AM - 12.30 PM Majlis Pembukaan
  • 12.30 PM - 2.00PM Pamer Sisi (Rehat) / Cabaran JBK Hackathon Bermula!
  • 2.00 PM - 3.30 PM Cabaran JBK Hackathon (Diteruskan) / Pamer Sisi
  • 3.30 PM - 4.00 PM Cabaran JBK Hackathon (Diteruskan) / Pamer Sisi (Rehat)
  • 4.00 PM - 6.00 PM Cabaran JBK Hackathon (Anda boleh tidur di sini jika perlu) / Pamer Sisi (Tamat)

HARI KEDUA

  • 8.00 AM - 9.00 AM Pendaftaran & Sarapan Pagi / Cabaran JBK Hackathon Diteruskan
  • 9.00 AM - 10.30 AM Pembentangan dan penilaian Cabaran JBK Hackathon (Saringan) / Makmal Idea JBK I : Kuasa Koding / Pamer Sisi
  • 10.30 AM - 11.00 AM Pembentangan dan Penilaian Cabaran JBK Hackathon (Saringan) / Makmal Idea JBK I : Kuasa Koding dan Pamer Sisi (Rehat) / Demo Pamer Sisi
  • 11.00 AM - 12.30 AM Pembentangan dan Penilaian Cabaran JBK Hackathon (5 Finalis) / Makmal Idea JBK II : Inovasi-Preneur / Pamer Sisi
  • 12.30 PM - 2.00 PM Rehat, Makan Tengahari & Solat
  • 2.00 PM – 3.30 PM Cabaran JBK Hackathon (Rehat) / Makmal Idea JBK III : Revolusi Biz Kreatif / Pamer Sisi (Diteruskan)
  • 3.30 PM – 4.45 PM Cabaran JBK Hackathon (Rehat) / Makmal Idea JBK IV : Dunia Hujung Jari / Pamer Sisi (Diteruskan)
  • 4.45 PM - 7.15 PM Pembentangan Akhir dan Majlis Penutupan JBK Hackathon (oleh YB Khairy Jamaluddin)

AKTIVITI MENARIK

  • Cabaran JBK
  • Makmal Idea JBK
  • Pamer Sisi JBK
    • Privasia
    • Amanz.my
    • Bafe
    • Bantu.my
    • Next Academy
    • Maideasy
    • Dan Banyak Lagi..

 

**Sekiranya anda ingin melihat senarai speaker jemputan yang bakal hadir di Makmal Idea, anda boleh klik disini!

Background Image

HADIAH CABARAN JBK

SOALAN LAZIM

Siapa yang boleh menyertai aktiviti-aktiviti di JBK Hackathon 2016?

JBK Hackathon 2016 terbuka kepada tidak kira sama ada anda graduan JBK atau tidak. Tetapi kami akan memberi keutamaan kepada para graduan JBK. Program ini juga tiada bayaran (PERCUMA) dan anda dialu-alukan untuk membawa rakan-rakan, ahli keluarga, dan teman istimewa tetapi semuanya harus mendaftar terlebih dahulu di laman web kami.

Adakah saya perlu membayar untuk makanan?

Ya, anda perlu membeli makanan sendiri.

Saya terpilih untuk menyertai Cabaran JBK tetapi saya tidak pernah menyertai Hackathon sebelum ini. Apakah persediaan yang perlu saya buat?

Anda akan mendapat emel daripada kami yang menyatakan anda terpilih sebagai peserta Cabaran JBK. Selepas itu, satu kumpulan fasilitator dari negeri anda akan menghubungi anda dan rakan-rakan peserta Cabaran JBK lain bagi menyediakan anda untuk menghadapi Cabaran JBK. Seorang fasilitator akan dilantik sebagai ketua bagi setiap negeri.

Siapa yang boleh menyertai Cabaran JBK, Makmal Idea dan Pamer Sisi?

JBK Hackathon 2016 merangkumi tiga sesi iaitu Cabaran JBK, Makmal Idea JBK dan Pamer Sisi JBK. Bagi Cabaran JBK, hanya peserta yang terpilih daripada JBK peringkat negeri sahaja yang dibenarkan bertanding. Makmal Idea JBK dan Pamer Sisi JBK adalah terbuka untuk semua.

Adakah program ini mengenakan sebarang bayaran?

Program ini adalah percuma dan tiada sebarang bayaran diperlukan. Anda hanya perlu mendaftar sebagai peserta bagi tujuan rekod kami.

Ada soalan yang masih belum terjawab?

Anda boleh emelkan pertanyaan anda ke koding@jbk.my atau boleh mesej kami di Facebook. Kami akan respon secepat mungkin

PENGANJUR UTAMA

PENGANJUR BERSAMA

RAKAN SOKONGAN

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan JBK Hackathon, hubungi Sekretariat JBK Hackathon di talian 60 17-309 6471 (Azham) atau sila ajukan pertanyaan anda ke koding@jbk.my dengan melengkapkan borang di bawah: